Thursday, March 25, 2010

UiTM TUAN RUMAH KEJOHANAN AKHIR SUKAN MASUM 2010

KUALA LUMPUR, 23 Mac Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Grand Final Championship 2010, yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 Mac ini. Menurut Penyelaras Media Kementerian Pengajian Tinggi, Nur Ekmal Buhary, sebanyak 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari seluruh negara telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan itu yang akan mempertandingkan lima acara sukan. Sepak takraw, skuasy, ping pong, tenpin boling dan golf ialah sukan yang dipertandingkan pada peringkat akhir itu. Ia akan berlangsung di beberapa lokasi di Selangor, termasuk di kampus utama UiTM. Sepak takraw akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan UiTM, skuasy di Kompleks Sukan UiTM, ping pong di Dewan Badminton HEP UiTM, tenpin boling di Sunway Pyramid dan golf di Kelab Golf SAAS serta Kelab Golf Kota Permai. Dianggarkan 681 atlet dan pegawai akan terlibat dalam Grand Final Championship 2010 tersebut. Peringkat saringan sebelum ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa satu dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari 5-7 Feb dan satu lagi fasa berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari 5-6 Mac. UiTM menjadi tuan rumah bagi acara sepak takraw, skuasy dan tenpin boling pada peringkat saringan manakala UMT pula menjadi hos acara ping pong dan golf. Tahun lepas, UiTM menjuarai MASUM ketika Universiti Utara Malaysia menjadi tuan rumah.


SUMBER: BERNAMA

No comments:

Post a Comment