Monday, March 15, 2010

MENTERI PELANCONGAN NAFI TUDUHAN RASUAH

TEKS AKHBAR

PULAU PINANG, 14 Mac – Tuduhan rasuah oleh sebuah blog ke atas Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen tegas dinafikan beliau, dan bakal disusuli tindakan undang-undang. Laporan polis akan dibuat esok di Kuala Lumpur.

Laporan yang bakal dibuat itu, tegas beliau adalah untuk memulihkan nama dan imejnya yang terjejas akibat tuduhan itu, seterusnya mendakwa orang atau kumpulan yang bertanggungjawab di atas tuduhan palsu tersebut.

“Ini adalah cubaan untuk mencemarkan nama baik saya dan keluarga. Saya akan mengarahkan peguam saya untuk membuat tindakan lanjut,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri taklimat projek naiktaraf sistem keretapi semalam.

Dalam artikel dalam blog ‘New Kid On Blog’ yang bertajuk ‘Big Corrupt Lady Minister of Tourism Malaysia Datuk Seri Ng Yen Yen’, penulis blog tersebut mendakwa bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Pelancongan Malaysia untuk memberi kontrak mempromosikan produk pelancongan Malaysia kepada syarikat milik kawan anak lelakinya.

Beliau turut didakwa meminta mempercepatkan kempen media bagi memudahkan beliau menyeleweng sejumlah RM 2 juta untuk kempen pilihanrayanya yang akan datang.

Menurut Datuk Seri Ng Yen Yen, pemilihan syarikat bagi kontrak itu masih belum diputuskan lagi dan masih dalam perbincangan.

Ditanya mengenai kemungkinan tuduhan ini adalah bertujuan sabotaj memandangkan pilihanraya akan berlangsung tidak lama lagi, beliau menolak dan berkata tuduhan tersebut adalah semata-mata untuk menjatuhkan nama baik beliau dan keluarga.

“Perkara ini tiada kaitan dengan parti. Mereka cuma ingin mencalarkan imej saya dan keluarga,” katanya sambil menyatakan kepercayaannya terhadap pertimbangan ahli-ahli MCA yang tidak akan cepat terpengaruh dengan berita liar di Internet. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=482429




TEKS BERITA TELEVISYEN


Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, tuduhan liar yang tersebar di Internet gara-gara artikel tidak bertanggungjawab sebuah blog adalah fitnah semata-mata dan bertujuan mencalarkan imejnya dan keluarga.

Beliau ditemui semalam selepas taklimat menaiktaraf sistem keretapi di Pulau Pinang.

Menurut Datuk Seri Ng Yen Yen, peguamnya akan diarahkan untuk membuat tindakan susulan bagi mengheret individu atau kumpulan yang bertanggungjawab ke atas artikel blog itu.

Dalam blog ‘New Kid On Blog’ itu, Datuk Seri Ng dituduh tidak berlaku adil dalam pemberian kontrak mempromosi produk pelancongan dengan memberikan kontrak tersebut kepada syarikat milik rakan baik anaknya. Beliau juga dikatakan menggesa kempen media agar dipercepatkan dengan tujuan menyeleweng wang kementerian sebanyak RM 2 juta untuk digunakan bagi menampung kempen pilihanraya yang akan datang ini.

Datuk Seri Ng menegaskan bahawa keputusan pemberian kontrak itu masih belum diputuskan.

Ditanya jika tuduhan ini adalah bertujuan mencemar nama parti memandangkan pilihanraya bakal tiba, beliau menolak kemungkinan itu dan berkata tuduhan itu adalah bersifat peribadi dan bertujuan mencalar imej dirinya dan keluarga.




TEKS RADIO


Tuduhan rasuah ke atas Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Ng Yen Yen yang menggemparkan dunia politik Malaysia 10 Mac lepas dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau dan bakali disusuli tindakan undang-undang.

Datuk Seri Ng bercakap dengan sidang media semalam selepas taklimat menaiktaraf sistem keretapi di Pulau Pinang.

Blog yang dikenali sebagai ‘New Kid On Blog’ itu menuduh Datuk Seri Ng Yen Yen bukan sahaja tidak berlaku adil dalam pembahagian kontrak mempromosi produk pelancongan, malah menyeleweng RM 2 juta bagi membiayai kempen pilihanrayanya tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, beliau melihat tuduhan ini sebagai bersifat peribadi dan bukan bertujuan menjatuhkan nama parti, malah menyatakan keyakinan beliau terhadap kewarasan pertimbangan ahli-ahli MCA yang tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita liar di Internet.




TRANSLATION


PENANG, Mac 14 – The accusation made on Malaysia’s Minister of Tourism, Datuk Seri Ng Yen Yen in a blog post on 10th Mac was strongly denied and legal actions will be made. A police report will be made in Kuala Lumpur tomorrow.

The purpose of the police report is to clear her tarnished name and image due to the accusation made, and eventually press charge on the individual or group of people responsible of the blog post.

“This is an attempt to tarnish the good name of me and my family. I will ask my lawyer to take the necessary action,” she said to the reporter after attending the briefing for railway system upgrading yesterday.

In the article titled ‘Big Corrupt Lady Minister of Tourism Malaysia Datuk Seri Ng Yen Yen’, the writer of the blog called ‘New Kid On Blog’ accused her of being unfair in the contract awarding for tourism product promotion by awarding the project to a company that belongs to her son’s best friend.

She also requested for the media campaign to be pushed so that she can corrupt the money to finance her election campaign, and amount of money involved was RM 2 million.

However, she told the media that the company which the contract to be awarded to has not been decided yet and still in discussion.

When she was asked about the possibility of the accusation to affect her image as a politician since the election is around the corner, she denied and said that the accusation is a personal agenda to ruin her reputation.

“This has nothing to do with the party,” she said, as she adds that she has strong faith that the members of MCA will not be swayed by the wild allegations that’s spreading on the Internet. - BERNAMA

1 comment:

  1. Gejala rasuah di Malaysia sememangnya menarik perhatian ramai.

    Terutama bila ada dakwaan terhadap tokoh politik dan menteri kerajaan.

    Pemilihan berita yang baik.

    ReplyDelete