Tuesday, March 16, 2010

Prestasi LIVERPOOL bangkit kembali


teks akhbar:

LIVERPOOL- Perlawanan tunggal Liga Perdana Inggeris pagi tadi menyaksikan Liverpool menewaskan Portsmouth dengan empat jaringan sumbangan dua dari El-Nino, Aquilani dan Babel masing-masing dengan satu gol. Torres kembali kepada pestasi yang baik dengan dua jaringan setelah dua minggu pulih dari kecederaan. Aquilani membuka akaun jaringan di Liverpool setelah berhijrah daripada kelab terdahulu AS Roma. Babel menambah koleksi gol peribadi dengan jaringan pada minit ke-28. Portsmouth mendapat saguhati dengan gol Belhadj pada minit ke-87 sebelum tamat perlawanan. Kemenangan ini memberi tiga mata penuh kepada Liverpool untuk melonjak naik ke tangga kelima liga di belakang Totenham Hotspurs dengan perbezaan satu mata.

teks televisyen:

Liverpool berjaya menumpaskan Portsmouth 4-1 untuk melonjakkan kedudukan mereka ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris. jaringan pertama disumbangkan oleh Fernando Torres pada minit ke 26. Ryan Babel menyusuli dua minit kemudian menambah jaringan memberi keselesaan kepada Liverpool. Roberto Aquilani memberi sumbangan gol pertamanya untuk Liverpool selepas perpindahan bernilai 17 juta pound dari AS Roma pada minit ke 31. Pada minit ke 87, Portsmouth mendapat jaringan saguhati sumbangan Belhadj.

teks radio.

Dalam perlawanan tunggal Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, menyaksikan Portsmouth tunduk kepada Liverpool 4-1. Jaringan disumbangkan oleh Torres pada minit 26 dan 76, Ryan Babal dan gol pertama Aquilani untuk Liverpool. Portsmouth pulang dengan satu gol sumbangan Belhadj pada minit 87 perlawanan.

sumber-ESPNstar.com

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bolasepak, sukan ranking nombor wahid di Malaysia.

    Ramai meminati dan mengikutinya.

    Pemilihan berita yang baik.

    ReplyDelete