Tuesday, March 16, 2010

sijil halal disamaratakan

Kuala Lumpur, 16 Mac,--Sijil halal Malaysia telah dibuka kepada semua pemohon tanpa diskriminasi dan ia haruslah mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Khir Baharom berkata ini kerana pihaknya tidak mahu pengguna berasa ragu-ragu berhubung pengeluaran sijil halal.

Beliau juga berkata, beliau mahu pengguna merasa kepuasan dan tidak ragu-ragu dan tidak perlu mempersoalkan sijil halal yang dikeluarkan ialah palsu atau tidak.

"Saya juga tidak mahu orang timbulkan persoalan bagaimana syarikat yang mengeluarkan sijil halal, adakah mudah sehingga prosedur dan peraturan yang sewajarnya tidak diikuti,"katanya ketika mengulas laporan yang mendakwa prosuder pemberian sijil halal yang dikatakan sukar.

Sebelum ini, terdapat pengusaha kopitiam memberi alasan tidak memohon sijil halal kerana peraturan yang dikenakan terlalu ketat dan juga tidak masuk akal.

Namun Jalil Khir mengulas, ia tidak betul kerana masih terdapat pengusaha kopitiam yang diberi sijil halal jika peraturan yang dikenakan terlalu ketat dan tidak masuk akal.

Sekumpulan 40 pegawai hal-ehwal Islam yang baru berkhidmat di Jakim akan menghadiri kursus Diploma Pengurusan Islam (DPI) Jun ini. Ia adalah untuk memperkasakan program bina insan yang dikendalikan oleh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

sumber: Bernama
ditulis semula oleh: Mohd Yusuf Ahmad


1 comment:

  1. Makan minum semamangnya keutamaan semua. Terutama mereka yang prihatin mengenai imannya dan mereka yang utamakan kebersihan serba-serbi.

    Pemilihan berita yang baik.

    ReplyDelete