Monday, March 15, 2010

BERITA TELEVISYEN "PENGEBOMAN DI KANDAHAR SATU AMARAN BUAT NATO"

Hari ini, Taliban telah melancarkan satu serangan bom di selatan bandar Kandahar yang merupakan satu amaran kepada jeneral atasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Akibat daripada pengeboman yang memusnahkan bangunan dan mengorbankan berpuluh-puluh nyawa, gabenor wilayah tersebut telah memohon lebih banyak bantuan keselamatan bagi merawat mangsa-mangsa kejadian.
Menurut Jurucakap Taliban, Qari Yousef Ahmadi berkata, serangan tersebut membuktikan bahawa pemberontak masih mampu beroperasi meskipun Afghanistan semakin membangun dan pasukan tentera antarabangsa kini sedang membuat persiapan di wilayah Kandahar.
http://http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
(asmina rashid)

No comments:

Post a Comment