Monday, March 15, 2010

Pengeboman di Kandahar satu amaran buat NATO

KANDAHAR, Afghanistan 15 Mac- Taliban hari ini menggelar serangan bom yang dilakukan mereka di selatan bandar Kandahar sebagai satu amaran kepada jeneral atasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bahawa pemberontak itu telah bersedia untuk peperangan seterusnya di negara mereka.
Beberapa siri pengeboman yang memusnahkan bangunan dan mengorbankan berpuluh-puluh penduduk termasuk 10 orang dalam sebuah majlis perkahwinan menuntut gabenor wilayah itu untuk memohon lebih banyak bantuan keselamatan di kawasan tersebut.
Penduduk yang ketakutan berkata, mereka tidak yakin sama ada kerajaan atau pasukan tentera luar mampu melindungi mereka.
Jurucakap Taliban, Qari Yousef Ahmadi berkata, serangan pada malam kelmarin membuktikan bahawa pemberontak masih mampu beroperasi meskipun Afghanistan semakin membangun dan pasukan tentera antarabangsa kini sedang membuat persiapan di wilayah Kandahar.
Sebuah laman web Taliban menyatakan bahawa serangan di selatan bandar terbesar itu merupakan satu 'amaran' kepada Jeneral Stanley McChrystal di bawah NATO, yang mendakwa kuasa kerajaan campuran akan mensasarkan Kandahar pada tahun ini selepas NATO menyingkirkan pemberontak daripada kubu terkuat mereka di wilayah Helmand.- AP
http://http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
(asmina rashid)

1 comment:

  1. Taliban mendapat perhatian masyarakat dunia. Sebahagian menyokong simpati, dan sebahagian lagi melawan menentang.

    Walaupun ada bakinya yang tidak hirau.

    Pemilihan berita yang baik.

    ReplyDelete