Monday, March 15, 2010

Harga Minyak dan barangan keperluan harian tidak naik.

Teks Berita Televisyen


Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebarang khabar angin berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan tidak boleh dipercayai selagi tidak diumumkan kerajaan. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pengguna Kawasan Puchong.

Semasa bercakap dalam siding akhbar itu Ismail Sabri berkata, sebelum ini terdapat ura-ura harga bahan bakar dan barang keperluan akan dinaikkan, tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana kerajaan sedar tindakan itu pada masa sekarang hanya akan membebankan lagi keadaan rakyat.Seandainya spekulasi sedemikian dilayan dan di ambil serius oleh para pengguna akan menyebabkan pengguna panik. Beliau bimbang keadaan ini akan di jadikan batu loncatan kepada para pemborong dan peruncit untuk mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tersebut.

Bercakap pada sidang akhbar itu juga beiau berharap empat akta iaitu Akta Juala Langsung, Akta Sewa Beli, Akta Kawalan Harga dan Akta Perlindungan Pengguna akan dapat dipinda pada sesi Dewan Rakyat akan datang. Beliau juga berharap Akta Persaingan yang kini sudah berada dalam peringkat akhir penggubalan sebelum dibentangkan ke Kabinet juga dapat di bentangkan di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan wartawan berhubung Rang Undang-Undang Cukai Barangan (GST), beliau berkata ianya tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat kerana mendapat bantahan daripada banyak pihak, namun kerajaan akan memperhalusi perkara tersebut sebelum membuat sebrang keputusan. Hal ini kerana kerajaan amat menitik beratkan pandangan rakyat mengenai perlaksanaan GST.

Terdahulu dalam ucapannya Ismail Sabri berkata, hanya 58 peratus daripada rakyat Malaysia sedar tentang hak mereka sebagai pengguna.


Teks berita Radio

SPEKULASI KENAIKAN HARGA MINYAK DAN BARANG

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi ulasan mengenai spekulasi kenaikan harga minyak dan barangan harian semasa bercakap dalam sidang akhbar selepas perasmian Hari Pengguna Kawasan Puchong. Beliau menegaskan bahawa kenaikan harga minyak dan barang tersebut adalah khabar angin semata-mata. Para pengguna dinasihatkan supaya tidak mempercayainya kerana pihak kerajaan masih belum mengumumkannya secara rasmi.

Dalam sidang akhbar tersebut Ismail Sabri berkata, terdapat ura-ura bahawa harga bahan bakar dan barang keperluan akan dinaikkan, namun ia tidak menjadi kenyataan kerana kerajaan sedar tindakan itu pada masa sekarang hanya akan membebankan rakyat. Beliau tidak mahu para pengguna panik berikutan penyebaran spekulasi sedemikian kerana rakyat Malaysia amat mudah mempercayai berita-berita palsu yang dilaporkan.

Dalam sidang akhbar itu juga beliau memberitahu empat akta iaitu Akta Jualan Langsung, Akta Sewa Beli, Akta Kawalan Harga dan Akta Perlindungan Pengguna akan dapat dipinda pada sesi Dewan Rakyat yang akan datang. Memberitahu kepada media, Akta Persaingan yang kini sudah berada dalam peringkat akhir penggubalan sebelum dibentangkan ke Kabinet juga dapat di bentangkan di Dewan Rakyat.


Diolah oleh:Wan Suziati bt Wan Yussof (2008412584)



1 comment:

  1. Ini berita yang menyentuh perhatian ramai.

    Jaminan seperti ini melegakan ramai. Namun apakah hakikatnya?

    Jika begitu, pemilihan berita ini molek disusuli lagi ya.

    ReplyDelete