Wednesday, June 9, 2010

MATA BERTUKAR WARNA!


Percaya atau tidak, baru-baru ini BERITA HARIAN yang bertarikh 8 Jun (Selasa) menyiarkan satu kejadian yang sangat jarang berlaku di negara kita. Di Kuching(Sarawak), mata anak kepada sepasang suami isteri Melayu yang berusia setahun enam bulan didapati bertukar dari warna hitam kepada biru. Perubahan tersebut menyebabkan wajah bayi berkenaan,seakan-akan 'mat salleh'. Bayi comel yang diberikan nama Zulfadly Zaidi yang dilahirkan pada Januari 2009 itu merupakan seorang bayi yang normal dan memiliki sepasang mata hitam seperti bayi-bayi yang lain. Namun begitu pada usianya mencecah dua minggu, anak matanya berubah menjadi warna biru. Menurut ibunya, Khatijah Kassim, sepanjang mengandungkan anaknya yang keenam itu, dia kerap bermain dan memberikan kucing siam yang bermata biru milik jirannya.
Bimbang anaknya mungkin mengalami masalah mata, Khatijah bersama suaminya,Zaidi Bahron membawa bayi itu menemui doktor pakar di HUS namun disahkan normal. Sehingga kini, anaknya itu membesar seperti bayi normal yang lain. Apa yang membezakannya hanyalah keunikan serta keajaiban yang dialami...(^_^)

DEMAM BOLA BERTERUSAN...


SHAH ALAM, 8 Jun-- Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan terus mendapat perhatian seluruh dunia termasuklah di kalangan rakyat Malaysia. Baru-baru ini, RTM (Radio Television Malaysia) dengan kerjasama Bandar i-City di Seksyen 7 akan menyiarkan perlawanan tersebut melalui skrin besar yang disediakan untuk menarik lebih ramai pengunjung.Selaku penyiar berlesen kejohanan terbabit, RTM akan menyiarkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 perlawanan secara tertunda melalui RTM1 dan RTM2.
Menurut Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahaya selepas pelancaran program terbabit di sini malam Selasa, program yang akan bermula Jumaat ini merupakan usaha pihak mereka untuk menyatupadukan rakyat disamping mendekatkan lagi rakyat dengan RTM.Melalui skrin besar tersebut, orang ramai terutamanya peminat bola sepak akan lebih merasai suasana sebenar kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu dengan lebih meriah.
Program yang dijangkakan mendapat sambutan 10 000 orang itu turut dimeriahkan dengan adanya acara menarik seperti konsert, pertandingan futsal serta gerai-gerai jualan cenderamata Piala Dunia 2010.

SUMBER: BERNAMA

Monday, June 7, 2010

KEKEJAMAN MEREKA TERUS BERMAHARAJALELA???


Tindakan rejim Zionis menyerang kapal Mavi Marmara merupakan salah satu daripada puluhan ; mungkin juga ratusan kekejaman mereka terhadap manusia terutamanya saudara2 kita di Palestin... Pastinya ramai yang mungutuk rejim yang 'berhati binatang' ini. Tak kurang ada juga yang memprotes, membuat perhimpunan membantah tindakan mereka dan pelbagai tindakan lain yang dianggap mampu menyedarkan dunia akan tindakan yang tidak berperikemanusiaan mereka... Bukan itu sahaja, di media2 lain seperti television, radio, blog, malah di laman2 sosial turut memperkatakan hal tersebut..
Kerajaan2 hampir seluruh dunia juga mula mendesak PBB untuk mengambil tindakan ke atas Israel agar kekejaman mereka ini boleh dihentikan. Malangnya, ketika dunia masih 'hangat ' dengan berita serangan ke atas kapal Mavi Marmara, kekejaman rejim zionis semakin menjadi-jadi. Tidak cukup dengan membunuh aktivis2 dalam kapal bantuan kemanusian sebelum ini, mereka bertindak menawan Rachel Corrie pula...
Tindakan mereka ini menunjukkan keangkuhan mereka terhadap kekuatan yang mereka miliki. Namun begitu, dengan dua tindakan mereka baru2 ini, mereka sebenarnya membuka mata seluruh dunia akan kelemahan mereka. Insyallah, suatu hari nanti kekejaman mereka pasti akan mencapai noktahnya apatah lagi dengan bangkitnya perasaan kemanusiaan dalam diri setiap penduduk dunia tanpa mengira latar belakang serta warna kulit.Amin..