Monday, March 15, 2010

GENG BOTAK PECAH RUMAH TUMPAS DI TANGAN POLIS

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) - Setelah hampir berbulan-bulan lamanya, akhirnya tiga anggota "Geng Botak" yang giat aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar kawasan Ampang Jaya, Cheras dan Kajang ditahan di sebuah apartmen dua hari lepas di Jalan Pasar Baru, Pudu, yang dipercayai menjadi kubu pelindungan kumpulan itu.
Dalam pada itu, tiga suspek dalam lingkungan 38 hingga 55 tahun termasuk ketua kumpulan yang dikenali sebagai "Botak" itu sedang menyusun barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah pecah rumah ketika ditahan sepasukan polis dalam serbuan kira-kira 6.15 petang itu.

Beliau berkata siasatan ke atas apartmen itu mendapati ia menjadi tempat persinggahan dan pertemuan geng terbabit selain dijadikan markas menyimpan barangan hasil pecah rumah itu.

Ketika serbuan, polis menemui sejumlah besar barangan dan dokumen berharga bernilai hampir RM200,000 seperti telefon bimbit, kamera, jam tangan, pemain DVD, alat permainan elektronik, hamper, pasport antarabangsa, buku bank, kad kredit, kad ATM dan kad Touch N Go, katanya.

Dalam operasi itu, turut dirampas ialah pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti spanar mati, playar, pahat, besi pembuka tayar, gergaji besi dan pengikir besi, katanya.
Tiga suspek itu ditahan reman tiga hari bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda.

source : BERNAMA
Ditulis semula oleh : Mohd Khairul Anam Khairudin

1 comment:

  1. Jenayah meningkat. Orang ramai mengharapkan PDRM menyelesaikan atau mengurangkan kadarnya.

    Ini satu berita baik kepada usaha menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.

    ReplyDelete