Thursday, March 25, 2010

ADENAN SATEM KEMBALI DALAM KABINET SARAWAK


KUCHING 25 Mac - Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Adenan Satem kembali dalam kabinet kerajaan negeri sebagai pegawai khas di pejabat Ketua Menteri. Beliau dilantik sebagai Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal awam berkuatkuasa 2 April ini. Menurut Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, jawatan Datuk Seri Adenan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Datu itu setaraf dengan jawatan menteri penuh. Pelantikan Adenan yang pernah digugurkan daripada barisan Kabinet Persekutuan dibuat selepas rombakan kecil Kabinet Sarawak hari ini. Beliau akan diberi tanggungjawab dalam perhubungan awam, penyiaran dan penerangan.

SUMBER: UTUSAN SARAWAK dan BERNAMA


No comments:

Post a Comment