Sunday, March 21, 2010

LAKARAN SENI DI KANVAS

TEKS AKHBAR:

MIRI 19 Mac- Nama Hendrick Nicholas,35, mungkin tidak sehebat pelukis ulung antarabangsa seperti Van Gogh. Namun kecintaan luar biasa terhadap keunikan masyarakat pribumi Sarawak begitu mendalam. Berdarah campuran Saban sebelah ibu dan bapa berdarah Kelabit, pelukis muda ini begitu menghargai budaya dan warisan Orang Ulu dan kaum Iban. Hendrick meluahkan perasaan bangganya menjadi etnik Sarawak di atas kertas dan kanvas kerana bimbang elemen itu musnah ditelan peredaran zaman. Maka tidak hairanlah, hampir kesemua lukisannya sarat dengan motif-motif Sarawak seperti pua kumbu, terabai, gong, bulu burung kenyalang dan bubu.

Pada awal kemunculan beliau dalam seni ini, motif-motif seumpama yang beliau tampilkan amat jarang ditampilkan. justeru itu, beliau nekad untuk menampilkan keindahan seni masyarakat pribumi di Sarawak apabila terjun dalam bidang tersebut. Realitinya, masyarakat Orang Ulu memang kaya dengan budaya yang unik dan sebahagian daripadanya masih kekal hingga ke hari ini misalnya penggunaan topi orang Ulu yang begitu segak digunakan semasa majlis keramaian.

Bekas pelajar Jurusan Seni (Lukisan) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini menambah, beliau mula melibatkan diri secara serius dalam dunia lukisan sejak 1990-an. Antara yang tidak mungkin dilupakan ialah koleksi Long House Series yang menampilkan keindahan pua kumbu hasil tenunan kaum Iban, tuning pauh (sejenis pasu atau tajau kaum Saban) dan Datun Julud (tarian Orang Ulu). Selain memaparkan peralatan atau etnik pelbagai kaum, Hendrick gemar merakam keindahan alam semula jadi, khususnya di kampung kelahiran, Long Banga di Ulu Baram, perkampungan kaum Saban dan perkampungan Kelabit di Tanah Tinggi Bario. Menurut beliau yang memilih aliran ekspresionis dalam mencanai ideanya, kehidupan di pedalaman amat rapat dengan alam semulajadi. Keluarga beliau pula amat mementingkan budaya tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang. Secara tidak langsung pengalaman semasa kecil tersebut mempengaruhi setiap karya yang beliau hasilkan. Selain menggunakan kertas kitar semula, beliau turut menzahirkan karyanya menggunakan kulit kayu, salah satu sumber yang suatu ketika dulu pernah digunakan oleh kaum Kelabit dan Saban untuk membuat baju.

Sepanjang pembabitan dalam dunia lukisan, Hendrick pernah diundang menyertai pameran berkumpulan antaranya Permata Merchant Bank di Kuala Lumpur, Bakat Muda Galeri Shah Alam, Selangor, Expressionis Malaysia, Perak selain pameran di UiTM, Shah Alam. Di samping itu, Hendrick pernah mengikuti pameran di Majlis Kraf Sarawak yang masing-masing diadakan di Kuching, Singapura dan Perth Australia pada 2003 hingga 2005 diikuti pameran di Galeri Seni Kebangsaan Sabah dan Pustaka Negeri, Miri pada 2007. Beliau pernah mengadakan pameran solo di Kelab Shell Lutong, Miri, 2003, Kelab Penaga, Kuala Belait, Brunei Darulsalam, 2004 dan Hotel Empire, Brunei Darulsalam, 2005.

TEKS TELEVISION:

Seperti Van Gogh, nama Hendrick Nicholas, mungkin tidak sehebat pelukis ulung antarabangsa. Namun kecintaan luar biasa pelukis muda Berdarah campuran Saban sebelah ibu dan bapa berdarah Kelabit ini terhadap keunikan masyarakat pribumi Sarawak begitu mendalam. Menghargai budaya dan warisan Orang Ulu dan kaum Iban, Hendrick meluahkan perasaan bangganya menjadi etnik Sarawak di atas kertas dan kanvas kerana bimbang elemen itu musnah ditelan peredaran zaman. Bekas pelajar Jurusan Seni (Lukisan) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini menambah, beliau mula melibatkan diri secara serius dalam dunia lukisan sejak 1990-an. Beliau memilih aliran ekspresionis dalam mencanai ideanya dan hampir kesemua lukisannya sarat dengan motif-motif Sarawak seperti pua kumbu, terabai, gong, bulu burung kenyalang dan bubu. Sepanjang pembabitan dalam dunia lukisan, Hendrick pernah diundang menyertai pameran berkumpulan antaranya Permata Merchant Bank di Kuala Lumpur, Bakat Muda Galeri Shah Alam, Selangor, Expressionis Malaysia, Perak selain pameran di UiTM, Shah Alam. Di samping itu, Hendrick pernah mengikuti pameran di Majlis Kraf Sarawak yang masing-masing diadakan di Kuching, Singapura dan Perth Australia pada 2003 hingga 2005 diikuti pameran di Galeri Seni Kebangsaan Sabah dan Pustaka Negeri, Miri pada 2007. Beliau pernah mengadakan pameran solo di Kelab Shell Lutong, Miri, 2003, Kelab Penaga, Kuala Belait, Brunei Darulsalam, 2004 dan Hotel Empire, Brunei Darulsalam, 2005.

TEKS RADIO:

Nama Hendrick Nicholas, 35, mungkin tidak sehebat pelukis ulung antarabangsa seperti Van Gogh. Namun kecintaan luar biasa terhadap keunikan masyarakat pribumi Sarawak begitu mendalam. Berdarah campuran Saban sebelah ibu dan bapa berdarah Kelabit, pelukis muda ini begitu menghargai budaya dan warisan Orang Ulu dan kaum Iban. Hendrick meluahkan perasaan bangganya menjadi etnik Sarawak di atas kertas dan kanvas kerana bimbang elemen itu musnah ditelan peredaran zaman. Hampir kesemua lukisannya sarat dengan motif-motif Sarawak seperti pua kumbu, terabai, gong, bulu burung kenyalang dan bubu. Bekas pelajar Jurusan Seni (Lukisan) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini mula melibatkan diri secara serius dalam dunia lukisan sejak 1990-an dan sepanjang pembabitan dalam dunia lukisan, Hendrick pernah diundang menyertai pameran berkumpulan antaranya Permata Merchant Bank di Kuala Lumpur, Bakat Muda Galeri Shah Alam, Selangor, Expressionis Malaysia, Perak selain pameran di UiTM, Shah Alam. Beliau juga pernah mengikuti pameran di Majlis Kraf Sarawak yang masing-masing diadakan di Kuching, Singapura dan Perth Australia pada 2003 hingga 2005 diikuti pameran di Galeri Seni Kebangsaan Sabah dan Pustaka Negeri, Miri pada 2007. Beliau pernah mengadakan pameran solo di Kelab Shell Lutong, Miri, 2003, Kelab Penaga, Kuala Belait, Brunei Darulsalam, 2004 dan Hotel Empire, Brunei Darulsalam, 2005.


SUMBER: utusansarawak@utusan.com.my

No comments:

Post a Comment