Sunday, March 21, 2010

Penambahan waktu belajar BM BI

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, telah mengatakan bahawa tempoh pengajaran bagi Bahasa Melayu telah ditambah kepada 330minit daripada 270minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT) untuk Sekolah Kebangsaan (SK) pula,ianya akan kekal pada 240 minit seminggu. manakala, masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris ditambah daripada 240 minit kepada 330 minit di SK dan Sekolah Menengah manakala di SJKC/SJKT ditambah daripada 60 minit ke 120 minit seminggu. Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun lalu telah membangkitkan dasar BMBI ini kepada semua sekolah-sekolah di Malaysia. Namun begitu, melalui dasar ini juga waktu persekolahan tidak akan dipanjangkan. (teks)

Penambahan waktu belajar bagi BM dn BI diperkenal melalui dasar BMBI setelah pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tahun lalu. Bagi tempoh pengajaran Bahasa Melayu telah ditingkatkan kepada 330minit daripada 270minit untuk sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT). Namun, bagi Sekolah Kebangsaan, ianya dikekalkan pada 240minit seminggu. Dalam pada itu, bagi pembelajaran Bahasa Inggeris pula, daripada 240minit seminggu kepada 330minit seminggu di SK dan Sekolah Menengah manakala, SJKC/SJKT ditambah sekali ganda daripada 60minit kepada 120minit seminggu. (television)

No comments:

Post a Comment