Monday, March 15, 2010

China Catat Kejayaan Berkembar Dalam Pembangunan Kereta Api Laju

BEIJING, 14 Mac (Bernama) - China melakar sejarah di dalam pembangunan kereta api laju dan jarak keseluruhan landasan kereta api laju yang disiapkan serta pada segi operasi bagi kereta laju berkenaan, kata Timbalan Menteri Kereta Api Wang Zhiguo Sabtu.

Menurut Wang, kereta api laju China itu mampu bergerak pada kelajuan 350 km sejam dan melakukan satu perjalanan di dalam tempoh setiap 3.0 minit dengan membawa lebih 1,000 penumpang.

"Jarak keseluruhan landasan kereta yang beroparasi mencecah 6,552 km, di mana daripada jumlah itu landasan kereta api bagi kelajuan 200-250 km sejam mencecah 2,876 km dan laluan kereta api bagi kelajuan 250-350 km sejam mencecah 3,676 km."

Wang berkata demikian mengenai pembangunan kereta api China di luar Kongres Rakyat Nasional.

Menurut Wang kejuruteraan kereta api China, pengeluaran kereta api laju, teknologi kawalan kereta api dan pembangunan stesen kereta api, sistem integrasi dan operasi kereta api laju dan penyelenggaraan telah mencecah standard dunia dan juga telah dibangunkan menjadi satu sistem teknologi kereta api laju lengkap yang dimajukan di dalam negara.

China telah memajukan hak inteleknya sendiri di dalam pembangunan kereta laju dan sehingga kini telah memohon 946 hak paten.

Teknologi kereta api laju China juga telah menarik banyak negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, Brazil, Arab Saudi, Turki, Poland, Venezuela, India, Myanmar, Kemboja, Laos dan Thailand untuk menyatakan harapan masing-masing bagi mengadakan kerjasama dengan China di dalam projek kereta api masing-masing dan sesetengah projek itu sedang dilaksanakan.

Sambil menjelaskan mengenai pelan rancangan pembangunan kereta api negara itu, Wang berkata, menjelang 2020, landasan kereta api China akan mencecah jarak 120,000 km, di mana 16,000 km daripadanya adalah kereta api laju.

Sehingga akhir 2009, jumlah keseluruhan 2,000 bilion yuan digunakan bagi membina landasan kereta api yang melebihi 30,000 km.


Mengenai kemajuan sesetengah projek kereta laju yang sedang dilaksanakan, Wang berkata laluan Guangzhou-Shenzhen dan laluan Beijing-Shanghai akan disiapkan dan beroperasi pada akhir tahun ini manakala laluan Beijing-Wuhan dijadual disiapkan dan beroperasi menjelang akhir tahun depan.

Sumber—BERNAMA

Ditulis oleh Muhammad Hafizuddin bin Zahid

1 comment:

  1. Pengangkutan sememangnya menjadi sebahagian daripada minat masyarakat ingin tahu.

    Pemilihan berita ini memenuhi minat ingin tahu mereka.

    ReplyDelete