Thursday, March 18, 2010

Rugbi Wanita Kebangsaan ke Hong Kong.


teks akhbar:

KUALA LUMPUR- Buat kali pertama, pasukan ragbi wanita Malaysia yang berusia dua tahun akan menyertai kejohanan berprestij 7 Sebelah Hong Kong pada 26 Mac ini, menentang pasukan yang lebih berpengalaman.Susanne Olovsson, pengurus pasukan Malaysia berbangga menerima penghormatan kerana pasukannya dijemput bermain dalam kejohanan di mana pasukan seperti New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Kazakhstan, Negara Teluk, Jepun, Singapura, Thailand dan tuan rumah sendiri. Beliau berkata berbanding dengan pasukan lain yang lebih berpengalaman, pasukan Malaysia masih mentah dan mempunyai kekurangan dari segi fizikal para pemain. tetapi mempunyai kelebihan dari segi kepantasan. Malaysia diundi di dalam Kumpulan B bersama China dan Papua New Guinea.

teks televisyen:

Selepas dua tahun ditubuhkan pasukan rugbi wanita kebangsaan akan menyertai kejohanan berprestij 7 Sebelah Hong Kong. Kejohanan akan bermula pada 26 Mac ini bertempat di Hong Kong. Malaysia diletakkan dalam kumpulan B bersama China dan Papua New Guinea. Pengurus pasukan Malaysia, Susan Olovson berkata walaupun pasukannya kekurangan dari segi fizikal namun mereka mempunyai kelebihan dari segi kepantasan.

teks radio:
Pasukan rugbi wanita Malaysia buat julung kalinya akan mengambil bahagian dalam kejohanan besar 7 Sebelah Hong Kong. Kejohanan akan berlangsung pada 26 Mac ini. Malaysia diletakkan dalam kumpulan B bersama China dan Papua New Guinea.

sumber- BERNAMA

No comments:

Post a Comment