Monday, March 15, 2010

Kanak-kanak dipaksa kahwin

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki tabligh lebih tiga minggu lalu sebelum ditemui ditinggalkan di Madrasah Al-Ikhwan, Taman Samudera, Batu Caves, Jumaat lalu, disahkan masih perawan.Pemeriksaan kesihatan ke atas kanak-kanak itu, Siti Nur Zubaidah Hussin, mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang kesan hubungan seksual.

Menurut ibu mangsa, Siti Sarnan Mat Ali, 42:

“Mulanya dia enggan bercerita apa yang berlaku, tetapi sekarang semua pengalaman itu sudah boleh diceritakannya, selain mula berselera untuk makan.“Zubaidah memberitahu dia melawan dengan menendang lelaki itu ketika diajak tidur bersama sepanjang dibawa dari Kelantan ke Kuala Lumpur selepas majlis pernikahan mereka. Saya bersyukur kerana anak saya tidak diapa-apakan".

Berita selanjutnya:
http://www.bharian.com.my/articles/Kanak-kanakdipaksakahwinmasihperawan/Article

2 comments:

  1. Pemilihan berita ini telah didahului pemilihannya.

    http://broadcaster0811.blogspot.com/2010/03/siasatan-kumpulan-tabligh-shamsudin.html

    ReplyDelete