Saturday, March 20, 2010

SEMESTER BREAK...

PENGUBAHSUAIAN LANTAI DI FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA MENYUSAHKAN SEMUA KAKITANGAN DAN PELAJAR.


UiTM Shah Alam, Para kakitangan dan pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media menghadapi kesulitan untuk menjalankan kegiatan harian iaitu bekerja dan ke kelas kerana bangunan fakulti berkenaan sedang dalam pengubahsuaian. Bermula sebelum cuti pertengahan semester sehingga kini, ianya masih belum siap sepenuhnya.Dengan hanya mempunyai satu lift yang dapat menampung lebih kurang 10 orang sahaja dalam satu waktu ianya merumitkan semua pihak untuk bergerak ke tingkat lain kerana, semua tangga yang ada telah ditutup bagi tujuan pengubahsuaian. Pihak pengurusan fakulti memohon maaf di atas kesulitan yang di hadapi, namun menurut pihak pengurusan pengubahsuian ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan mengindahkan lagi bangunan fakulti tersebut supaya dapat menarik minat lebih ramai pelajar baru untuk mengambil kursus dalam bidang Komunikasi dan Pengajian Media. Dijangkakan pengubahsuaian itu akan siap dalam masa yang terdekat ini.

Disediakan oleh: Wan Suziati bt Wan Yussof (2008412584)

No comments:

Post a Comment