Sunday, March 14, 2010

HISHAMMUDDIN MENYANGKAL PELETAKAN JAWATAN KETUA POLIS

KEMAMAN, 13 Mac-Laporan akhbar berbahasa cina yang mengatakan Ketua Polis Negara TanSri Musa Hassan telah menghantar surat perletakan jawatan telah dinafikan oleh Menteri DalamNegeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseien pada sabtu lalu.

Menyifatkan laporan laporan itu sebagai pembohongan, Hishammuddin telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam untuk menyoal editor akhbar berbahasa cina terbabit bagi menyiasat hal sebenar.

"kalau ada sesuatu perubahan berkaitan (perletakan jawatan) saya akan tahu...keadaan hubungan saya dengan Ketua Polis Negara dan timbalannya amat baik sekali".

Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hasaan

"Tidak mungkin mereka akan letak jawatan tanpa pengetahuan saya dan saya tahu itu (laporan akhbar) adalah satu pembohongan dan saya akan ambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kemaman.

Perarakan itu juga turut disertai oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan yang juga Anggota Parlimen Kemaman Datuk Ahmad Shabery Cheek pada sabtu lalu.

Mengupas dengan lebih lanjut, Hishammuddin berkata beliau mengetahui setiap perkara yang berlaku dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ia merupakan sebuah jabatan di bawah kementeriannya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseien

Hishammuddin juga berkata, sebarang perubahan yang berlaku di dalam jawatan tertinggi akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, barisan kerajaan, Perdana Menteri dan termasuk beliau sendiri sebagai Menteri yang bertanggungjawab dan bukannya berdasarkan spekulasi yang dikeluarkan oleh pihak media.

"Isu berhubung perletakan jawatan IGP bukan hari ini sahaja...tahun sebelum saya jadi Menteri Dalam Negeri pun isu ini dah timbul, jadi kenapa sekarang saya patut layan isu ini.

"Mereka (akhbar terbabit) kena bertanggungjawab. Saya beri amaran keras kepada China Press, jangan buat laporan yang tidak benar dan jika mereka gagal memberikan alasan yang munasabah kita akan ambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada pemberita.

Hisammuddin berkata Tan Sri Musa Hitam masih menjalankan tugasnya sepeti biasa dan kontraknya dijangka akan tamat pada bulan September ini.

Beliau juga mengakui perubahan akan berlaku dalam jawatan tertinggi PDRM dalam masa terdekat ini kerana empat jawatan akan mengalami kekosongan disebabkan oleh persaraan.

"Dalam masa enam bulan hingga september, perubahan akan berlaku dan kita akan membuat pengunguman," katanya.

Beliau juga berkata beliau telah menerima pandangan daripada setiap lapisan ahli PDRM dan bab baru akan bermula dalam PDRM.

Sumber: Bernama
Ditulis semula oleh: Mohd Yusuf Ahmad

1 comment:

  1. Ini masih menjadi berita hangat sekarang dan diikuti ramai.

    Pilihan berita yang baik.

    ReplyDelete