Monday, March 15, 2010

BERITA RADIO "PENGEBOMAN DI KANDAHAR SATU AMARAN BUAT NATO"

Taliban hari ini, 15 Mac menggelarkan serangan bom yang dilakukan oleh mereka di selatan bandar Kandahar sebagai satu amaran kepada jeneral atasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Mereka menyatakan bahawa pemberontak tersebut telah bersedia untuk peperangan seterusnya di negara mereka.
Gabenor wilayah tersebut memohon lebih banyak bantuan keselamatan di kawasan terbabit akibat daripada beberapa siri pengeboman yang memusnahkan bangunan dan mengorbankan berpuluh-puluh penduduk termasuk 10 orang dalam sebuah majlis perkahwinan yang sedang dijalankan.
Keluhan penduduk yang ketakutan berkata, mereka tidak yakin sama ada kerajaan atau pasukan tentera luar mampu melindungi mereka pada situasi dan keadaan sebegini.
Menurut Jurucakap Taliban, Qari Yousef Ahmadi, serangan pada malam kelmarin membuktikan bahawa pemberontak masih mampu beroperasi meskipun Afghanistan semakin membangun dan pasukan tentera antarabangsa kini sedang membuat persiapan di wilayah Kandahar.
Menerusi sebuah laman web Taliban, serangan di selatan bandar terbesar itu merupakan satu 'amaran' kepada Jeneral Stanley McChrystal di bawah NATO, yang mendakwa kuasa kerajaan campuran akan mensasarkan Kandahar pada tahun ini selepas NATO menyingkirkan pemberontak daripada kubu terkuat mereka di wilayah Helmand.
http://http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
(asmina rashid)

No comments:

Post a Comment