Wednesday, March 17, 2010

SIMPANAN AIR LABUAN HANYA MAMPU BERTAHAN EMPAT BULAN

Diolah oleh:
SITI NADIAH BT JUNAIDI


LABUAN
: Penduduk Labuan bakal menghadapi masalah kekurangan air yang lebih kritikal apabila empangan untuk menyimpan air yang ada di pulau ini hanya mampu bertahan untuk tempoh empat bulan atau kurang daripada itu dari sekarang. Hal ini berlaku berikutan kekeringan empangan Kerupang dan Sungai Miri akibat masalah kemarau yang berpanjangan sejak November lalu. Empangan Bukit Kuda yang ketika ini mempunyai sekitar 75 peratus simpanan air yang mampu bertahan untuk tempoh empat bulan merupakan satu-satunya empangan yang masih mempunyai simpanan. Perkara ini merupakan kenyataan yang diemailkan kepada New Sabah Times oleh Pengerusi Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) cawangan Labuan, Derex Chan semasa menghadiri sesi dailog antara Jabatan Bekalan Air dengan persatuan itu yang dipengerusikan oleh Pengarah Air Labuan Sulaiman Kamiran bersama penduduk Taman Perumahan Bedaun yang yang diadakan baru-baru ini.

Sumber: NEW SABAH TIMES
http://www.newsabahtimes.com.my

2 comments:

  1. Pemilihan barita yang amat baik.

    Walaupun dibatasi labuan, sama ngerinya jika sumber keperluan lain semakin susut.

    ReplyDelete