Monday, March 15, 2010

Lotus bermula baik


Dalam perlumbaan pembukaan musim Formula Satu di Bahrain, pasukan Lotus memberi debut yang baik berbanding pasukan baru lain yang menyertai perlumbaan musim ini. Pengetua pasukan Lotus, ,Dato’ Tony Fernandes, berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukan beliau. Pemandu utama Lotus, Heikki Kovalainen menamatkan perlumbaan di tempat ke 15, manakala rakan sepasukannya, Jarno Trulli di tempat ke 17 walaupun tidak menamatkan perlumbaan akibat dari masalah hidraulik pada jenteranya. Pengetua pasukan, Dato’ tony Fernandes berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukan beliau walaupun baru ditubuhkan semula pada enam bulan lalu setelah 16 tahun pasukan Lotus meninggalkan Formula Satu. Pasukan baru seperti Virgin Racing dari Amerika dan Hispania Racing tidak dapat menamatkan perlumbaan berikutan masalah pada jentera masing-masing. Bahrain Grand Prix menyaksikan pasukan Ferrari mendahului dengan kedua-dua pemandu mereka, Fernando Alonso di tempat pertama dan Felippe Massa kedua. Lewis Hamilton terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tagga ketiga. Juara musim lalu, Jensen Button akur tidak dapat mengekalkan kejuaraannya dengan tamat di tempat ketujuh di belakang Micheal Schumacher yang kembali ke litar dengan pasukan Mercedes. Sumber- ESPNSTAR.com

1 comment:

  1. Pemilihan berita yang baik. Terutama kepada aspek pemotoran minat dunia.

    Perbaiki amalan perenggan ya.

    ReplyDelete