Sunday, March 14, 2010

Siasatan kumpulan tabligh Shamsudin ajaib


KUALA LUMPUR, 14 Mac- Seorang kanak-kanak perempuan, Siti Zubaidah Hussin, 11, dipaksa berkahwin dengan lelaki tabligh berusia 41 tahun telah di temui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera dekat Batu Caves Jumaat lepas oleh lelaki yang tidak dikenali.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kumpulan jemaah tabligh yang diketuai Shamsudin Ajaib, yang menjanjikan balasan syurga kepada ibu bapa jika kanak-kanak perempuan mereka dikahwinkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata siasatan yang terperinci perlu dilakukan oleh pihak berkaitan kerana janji mereka itu akan menarik hati ibu bapa yang tidak berfikir panjang seterusnya memperjudikan masa depan kanak-kanak tersebut katanya pemberita selepas melawat Siti Zubaidah Hussin di Hospital Sungai Buloh.

"Dia tidak bertanggungjawab... sudahlah melarikan kanak-kanak itu selama dua minggu dari keluarganya, kemudian ditinggalkan berseorangan tanpa sebarang rasa kasihan dan tanggungjawab. Mujurlah mangsa dapat diselamatkan," katanya Sharizat.

"Saya gesa agar tindakan undang-undang diambil ke atasnya jika penyiasatan menunjukkan berlaku pelanggaran undang-undang sama ada mengikut Kanun Keseksaan atau di bawah Akta Syariah kerana berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran," katanya.

Beliau juga turutmenghantar surat kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agar kes tersebut dapat disiasat segera dalam memastikan tiada kejadian serupa berulang.

"Kita tidak boleh berdiam kerana kanak-kanak ini masih kecil dan perlu dilindungi. Kita juga sudah minta Jabatan Kebajikan Masyarat memberikan rawatan dari segi perubatan dan kaunseling," katanya.

Bagaimanapun, mengikut sumber, kanak-kanak itu mendakwa mereka bagaimanapun tidak melakukan sebarang hubungan seksual dan suspek cuma menyentuhnya di bahu.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Siti Sarnan (ibu kepada Siti Zubaidah) berkata, Shamsudin cuba mempengaruhi dirinya agar Siti Zubaidah mengikuti lelaki itu dengan alasan untuk mendaftarkannya di sebuah sekolah tahfiz di Wakaf Baru, Kelantan.

"Dia cuba pengaruh saya dengan mengatakan jika anak tamat tahfiz, dia boleh tolong ibu bapa di akhirat namun saya tidak bersetuju kerana berasa tidak sedap hati, lagipun Zubaidah masih bersekolah."Meskipun saya berat hati untuk membiarkan anak saya mengikut Shamsudin, namun saya akur selepas mereka (Shamsudin dan suami) berkeras untuk membawa Zubaidah dan saya fikirkan tidak akan berlaku apa-apa memandangkan suami, Hussin Mat Salleh, 54, turut serta," katanya.

Katanya lagi, beliau tidak tahu-menahu bahawa anaknya itu akan dikahwinkan malam tersebut. Kini, anaknya beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil tetapi tidak mampu bercakap banyak kerana masih dalam keadaan trauma.

SOURCE: BERNAMA

EDITOR:MOHD AMEER SHAHZMAN 2008285732

1 comment:

  1. Jamaah ini seluruh dunia pergerakannya. Pengikut yang menyimpang dari norma menjadi berita tumpuan ramai.

    Pemilihan berita yang baik.

    ReplyDelete