Tuesday, March 16, 2010

PERHUTANAN SABAH DIGESA BERI PENJELASAN

Diolah oleh :
SITI NADIAH BT JUNAIDI

2008299088

TEKS BERITA:

KENINGAU 15 Mac
- Jabatan Perhutanan Sabah digesa agar memberi penjelasan kepada golongan yang tinggal di kawasan hutan simpan negeri itu sebelum bertindak meminta mereka keluar daripada kawasan yang didiami. Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, tindakan Jabatan Perhutanan Sabah tersebut boleh mencetuskan kemarahan rakyat memandangkan kebanyakan mereka yang tinggal di kawasan itu merupakan orang tempatan yang memerlukan pembelaan. Beliau yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah turut mengatakan bahawa mereka (penduduk tempatan) yang menerima notis itu mendakwa mereka dihalau (daripada kawasan hutan yang didiami) dan tidak memahami kenapa mereka diberi notis. Ujar beliau lagi, Jabatan Perhutanan sepatutnya memanggil mereka dan berikan pemahaman yang sepatutnya berhubung betapa pentingnya menjaga hutan simpan dan betapa kerjasama mereka amat diperlukan. Hal ini kerana memberi notis halau semata-mata tidak akan membantu kerajaan menjaga kawasan hutan simpan.

BERITA TELEVISION:

Tindakan Jabatan Perhutanan Sabah yang memberi notis halau kepada penduduk tempatan yang tinggal di kawasan hutan simpan negeri tersebut tidak disetujui Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup. Menurut beliau, tindakan tersebut boleh mencetuskan kemarahan penduduk. Jabatan Perhutanan tersebut digesa agar memberikan penjelasan apatah lagi ada di kalangan mereka (penduduk) tidak memahami mengapa mereka diberi notis tersebut.

BERITA RADIO:

Jabatan Perhutanan Sabah digesa menyuarakan penjelasan atas tindakan mereka memberikan notis halau kepada penduduk yang tinggal di kawasan hutan simpan tersebut. Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, tindakan pihak tersebut boleh memarakkan kemarahan penduduk memandangkan majoriti penduduk di situ merupakan orang tempatan. Beliau turut menyuarakan cadangan agar Jabatan Perhutanan memanggil mereka (penduduk) dan berikan pemahaman yang sepatutnya berhubung hal tersebut kerana memberi notis halau semata-mata tidak akan membantu agenda kerajaan dalam menjaga kawasan hutan simpan.

SUMBER: UTUSAN
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm


2 comments:

  1. Masyarakat andai dianiayai atau seumpama menarik minat ramai.

    Pemilihan berita yang baik.

    ReplyDelete