Wednesday, March 17, 2010

HINA NABI: UMAT ISLAM DIGESA BOIKAT BARANGAN SWEDEN

Diolah oleh:
SITI NADIAH BT JUNAIDI


KUALA LUMPUR 16 Mac – Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. Menurut beliau, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.

"Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Lakaran karikatur berkenaan pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran tetapi atas sebab-sebab keselamatan, ia ditolak. Sebuah akhbar Sweden menyiarkan karikatur tersebut dan ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh. Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

"Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia,” kata Ismail.

Sumber: BERNAMA

2 comments:

  1. Nabi Muhammad SAW disenarai sebagai manusia paling berpengaruh sepanjang zaman.

    Menghinanya membangkitkan kemarahan masyarakat yang berpegang kepada Islam yang diutuskan-Nya.

    Pun begitu memboikot barangan adakah langkah yang molek.

    Perlu ada susulan ya.

    Pemilihan berita yang baik.

    ReplyDelete