Monday, March 15, 2010

JHEOA Mohon RM800 Juta Untuk Pembangunan Orang Asli Dalam RMK-10(BERNAMA)


GUA MUSANG, 14 Mac (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) memohon peruntukan RM800 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai projek yang dirancang bagi meningkatkan kemajuan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JHEOA, Nisra Nisran Asra Ramlan berkata sebahagian besar peruntukan itu akan dibelanjakan untuk meningkatkan pendidikan di kalangan anak Orang Asli selain pelaksanaan projek kemudahan asas di 869 kampung untuk dinikmati 13,000 keluarga di seluruh negara.

Katanya, beliau menjangkakan apabila dilaksanakan, ia dapat memberi kemajuan lebih tinggi dalam pendidikan anak Orang Asli kerana sasarannya seramai 112 pelajar kaum itu berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

"Keadaan itu semakin berubah sejak kebelakangan ini kerana penduduk Orang Asli sedar mereka ketinggalan dalam mengejar kemajuan itu, menyebabkan mereka kini berminat menghantar anak ke sekolah," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Tabung Bantuan 1Malaysia untuk kemajuan pelajaran masyarakat Orang Asli seluruh negara di Kampung Kuala Betis, dekat sini.

Pelancaran tabung itu dilakukan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Md Yusoff Ab Ghani.

Nisra Nisran berkata pencapaian pendidikan pelajar anak Orang Asli semakin membanggakan setiap tahun dan ini membuktikan mereka ada keupayaan serta minat dalam mengejar kemajuan pendidikan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

-- BERNAMA

BERITA RADIO

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di Gua Musang, Kelantan memohon peruntukan RM800 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Ia adalah untuk tujuan melaksanakan projek yang telah dirancang di dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk kemajuan Orang Asli di Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JHEOA, Nisra Nisran Asra Ramlan berkata, sebahagian besar peruntukan itu akan dibelanjakan untuk meningkatkan pendidikan di kalangan anak Orang Asli selain pelaksanaan projek kemudahan asas di 869 kampung untuk dinikmati 13,000 keluarga di seluruh negara. Ia juga adalah selaras dengan kesedaran Orang Asli mengenai kepentingan pendidikan pada amsa kini. Tambahnya lagi, beliau mensasarkan seramai 112 pelajar anak Orang Asli akan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi katanya kepada media selepas majlis pelancaran Tabung Bantuan 1Malaysia untuk kemajuan pelajaran masyarakat Orang Asli seluruh negara di Kampung Kuala Betis, Kelantan.

Pelancaran tabung itu dilakukan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Md Yusoff Ab Ghani.

BERITA TELEVISYEN

Bagi melaksanakan pelbagai projek yang dirancang bagi meningkatkan kemajuan masyarakat Orang Asli di seluruh negara, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) memohon peruntukan RM800 juta daripada Kerajaan Persekutuan selaras dengan perancangan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JHEOA, Nisra Nisran Asra Ramlan berkata sebahagian besar peruntukan itu akan dibelanjakan untuk meningkatkan pendidikan di kalangan anak Orang Asli selain pelaksanaan projek kemudahan asas di 869 kampung untuk dinikmati 13,000 keluarga di seluruh negara.

Beliau berkata, telah wujudnya kesedaran Orang Asli mengenai kepentingan pendidikan dan tidak mahu ketinggalan di dalam kemajuan pada masa kini. Tambahnya lagi, beliau mensasarkan seramai 112 pelajar akan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Demikian katanya kepada media selepas majlis pelancaran Tabung Bantuan 1Malaysia untuk kemajuan pelajaran masyarakat Orang Asli seluruh negara di Kampung Kuala Betis, Kelantan.

Pelancaran tabung itu dilakukan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Md Yusoff Ab Ghani.

TERJEMAHAN
GUA MUSANG, March 14 (Bernama) - The Department of Orang Asli Affairs (JHEOA) apply the provisions of RM800 million from the Federal Government to implement the various projects planned to enhance the progress of Aboriginal communities throughout the country in the Tenth Malaysia Plan (RMK-10).

Deputy Director of Development JHEOA, Nisra Nisran Asra Ramlan said most of the provisions will be spent to improve education among Aboriginal children than in the basic implementation of the project 869 villages to be enjoyed 13.000 families throughout the country.

He said, he expects, when implemented, it can progress in higher education because they are Aboriginal people is about 112 students successfully pursue education to institutions of higher learning.

"The situation is getting changed in recent years as people realize they missed the Orang Asli in the pursuit of progress, the cause is now keen to send their children to school," he told media after the launch 1Malaysia Assistance Fund for the advancement of education throughout the country the Orang Asli in Kampung Kuala Betis, near here.

The launch tube is made by the State Legislative Assembly Members (Afternoon) Nenggiri, Md. Yusoff Ab Ghani.

Nisra Nisran said educational achievement of students increasingly proud Aboriginal children each year and this proves they have the ability and interest in pursuing educational advancement to the level of higher education.

- BERNAMA

ditulis oleh :BERNAMA
disunting oleh : FIFI ASWANA ASLI 2008401368

1 comment:

  1. Orang Asli terpinggir. Siapakah peduli? Namun sebahagian ramai prihatin terhadap nasib mereka.

    Pemilihan berita yang baik.

    ReplyDelete