Saturday, May 1, 2010

UGUTAN BUNUH TUAN GURU NIK AZIZ

KUALA LUMPUR, 1 Mei 2010-- Mahu bunuh Tuan Guru Nik Aziz, dan tidak takut dihukum gantung. Begitulah kenyataan berani pemilik profil laman Facebook, Mohd Safuan Hilmi, 24, graduan UiTM yang kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad. Kenyataan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam laman tersebut dan secara tidak langsung menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sehubungan dengan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan membuat laporan polis di Balai Polis Chow Kit tengahari tadi. Beliau menggesa siasatan dijalankan dan menyeru orang awam agar menghentikan amalan ugut mengugut kerana ia bertentangan dengan norma timur. Menyedari pendirian politik Mohd Safuan yang secara terbuka mengaku seorang penyokong UMNO, Nasrudin juga meminta UMNO supaya menafikan keahlian Safuan dalam UMNO bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Beliau kemudiannya dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk memberi keterangan

Sumber: Berita Harian

1 comment: