Tuesday, May 11, 2010

MOHD KHAIRUL ANAM KHAIRUDIN -SWING-

SHAH ALAM: Seorang polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap pertuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, akhir bulan lalu.

Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.
Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Jenain dari Sabah berpendapatan RM3,000 sebulan, manakala isterinya, seorang guru berpendapatan RM1,800 sebulan.

“Tertuduh masih berkhidmat di IPD Shah Alam dan tidak ada isu dia akan melarikan diri,” katanya.

Selain itu, Salim berkata, pembelaan memohon mahkamah mengambil kira Jenain direman sementara menunggu perbicaraan jika keluarganya gagal membayar jaminan dan keadaan itu akan menimbulkan masalah kepada keluarganya.

Katanya, keluarga mangsa hanya mampu membayar jaminan RM6,000 atau RM7,000 dan berharap mahkamah tidak mengambil kira sentimen terhadap kes itu berikutan tertuduh belum bersalah sehingga dibuktikan.

Beliau berkata, tertuduh pernah berkhidmat sebagai polis di Mahkamah Shah Alam dari 1996 hingga 2008 sebelum kembali ke IPD Shah Alam hingga sekarang.

Jenain yang mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia sejak 1985, adalah daripada suku Bajau serta anak sulung daripada tujuh beradik dan sudah berkahwin serta mempunyai empat anak.


Gunalan berkata, beliau mengambil kira tertuduh tidak bersalah sehingga dia dibuktikan sebaliknya dan mengambil kira faktor masalah kewangan yang dihadapinya.


Dalam kejadian di Seksyen 11, Shah Alam, kira-kira jam 2 pagi itu, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri.

Pasukan peronda berkenaan sebelum itu mengarahkan remaja terbabit menghentikan keretanya untuk pemeriksaan, tetapi pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam itu, dikatakan memecut sebelum kenderaannya berjaya disekat di Jalan 11/2G, Seksyen 11.



AFTER SWING :

Shah Alam: Ibarat nasi sudah menjadi bubur, itulah ungkapan yang boleh dikatakan terhadap seorang polis berpangkat koperal apabila menerima pertuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, akhir bulan lalu.

Namun begitu, tertuduh Jenain 48 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dilakukan terhadapnya.

Walaupun beliau berkhidmat bertahun lamanya sebagai anggota polis namun kesialapan yang dilakukan telah mendapat perhatian banyak pihak. Namun begitu, kita tidak boleh meletakkan kesalahan itu di bahu Jenain kerana sewaktu kejadian, beliau sedang menjalankan tugas dan sebagai anggota polis beliau berhak menjaga keamanan dan ketenteraman negara.

Bak kata pepatah, mengapa lari bersembunyi jikalau tidak melakukan kesalahan. Itu yang boleh diungkapkan dalam kes ini.

Tidak perlu menuding jari hanya kepada pihak polis kerana setiap tindakan yang dilaksanakan mengikut akta dan undang-undang. Tidak perlu melenting juga jika tidak melakukan kesalahan. Setiap das temabakan yang dilakukan pihak polis bergantung pada situasi dan keadaan yang mendesak mereka melakukannya.

(MOHD KHAIRUL ANAM MD KHAIRUDIN)(2008408332)
(SWING TASK)

SUMBER : BERITA HARIAN

1 comment:

  1. kita tak boleh menuding jari pada sesuatu pihak terutamanya pihak polis kerana mereka menjalankan tugas mereka...
    ajal maut di tangan tuhan.

    ReplyDelete