Friday, April 2, 2010

Hilangnya sebutir permata


KUALA LUMPUR, 2 April- Setelah koma dan mengalami disfungsi buah pinggang dan hati, pelawak Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir jam 1230 tengah malam tadi. Beliau atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad dimasukkan ke Hospital Selayang pada Selasa lepas kerana penyakit denggi haemorrhage.

Beliau merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyampai radio ERA bersama Aznil di slot Riuhkan Pagi di ERA. Dalam Raja Lawak musim ke-4 beliau merupakan seorang panel juri.

Kehilangan beliau pasti dirasai peminat industri komedi tanah air. Semoga rohnya dirahmati.

No comments:

Post a Comment