Wednesday, June 9, 2010

DEMAM BOLA BERTERUSAN...


SHAH ALAM, 8 Jun-- Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan terus mendapat perhatian seluruh dunia termasuklah di kalangan rakyat Malaysia. Baru-baru ini, RTM (Radio Television Malaysia) dengan kerjasama Bandar i-City di Seksyen 7 akan menyiarkan perlawanan tersebut melalui skrin besar yang disediakan untuk menarik lebih ramai pengunjung.Selaku penyiar berlesen kejohanan terbabit, RTM akan menyiarkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 perlawanan secara tertunda melalui RTM1 dan RTM2.
Menurut Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahaya selepas pelancaran program terbabit di sini malam Selasa, program yang akan bermula Jumaat ini merupakan usaha pihak mereka untuk menyatupadukan rakyat disamping mendekatkan lagi rakyat dengan RTM.Melalui skrin besar tersebut, orang ramai terutamanya peminat bola sepak akan lebih merasai suasana sebenar kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu dengan lebih meriah.
Program yang dijangkakan mendapat sambutan 10 000 orang itu turut dimeriahkan dengan adanya acara menarik seperti konsert, pertandingan futsal serta gerai-gerai jualan cenderamata Piala Dunia 2010.

SUMBER: BERNAMA

No comments:

Post a Comment