teks akhbar:
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek berkata Astro Arena memainkan peranan penting dalam pembangunan dan promosi sukan negara di samping aspirasi negara untuk cemerlang di rantau ini dan peringkat antarabangsa. Beliau juga berkata pelancaran saluran ini bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran yang bakal memperkenalkan pelbagai aktiviti kepada pelajar-pelajar sekolah dalam program 1Student,1Sport. Tambah beliau, masa depan sukan Malaysia bergantung kepada liputan media dan sukan juga menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Measat Broadcast Network Systems, Datuk Rohana Rozhan memberitahu bahawa Astro Arena mampu memenuhi kehendak pengisian sukan negara menerusi siaran langsung sukan tempatan dan antarabangsa. Dalam usaha menarik minat generasi muda, Astro Arena memperkenalkan Datuk Lee Chong Wei (badminton), Esther Cheah (bowling), Mohd Zaquan Adha (bola sepak) dan P. Mariappan (Paralimpik) sebagai duta saluran tersebut.
sumber- http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=483444
No comments:
Post a Comment