Tuesday, March 8, 2011

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Ke-28 Cawangan Sabah

04/03/2011

Kepimpinan yang bijak dan dinamik merupakan prasyarat utama dalam memastikan sesuatu persatuan terus relevan. Justeru itu, integriti, kreativiti, inovasi dan kebijaksanaan harus digunakan sebagai pemangkin perubahan.

Ini dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Sukarti Wakiman ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Ke-28 Cawangan Sabah di One Borneo Grand Ballroom Kota Kinabalu.

Beliau berkata, PUSPANITA boleh meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan ahli mereka dengan menjalinkan kerjasama dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti latihan dan kursus dalam bidang-bidang yang menjurus kepada pencapaian kemajuan kaum wanita seperti program yang boleh meningkatkan ekonomi dan pendapatan.

Datuk Haji Sukarti turut menyeru semua ahli PUSPANITA agar menggunakan kemudahan-kemudahan internet secara bijak memandangkan kini kemudahan IT seringkali disalahgunakan oleh pelbagai pihak.Beliau juga menyeru agar ahli-ahli PUSPANITA sentiasa memantau anak-anak mereka supaya tidak terpengaruh dengan budaya negatif melalui internet.

Datuk Haji Sukarti juga menasihati semua ahli agar memilih calon yang berwibawa, berwawasan, aktif dan sedia berkhidmat manakala mereka yang terpilih pula, beliau mengharapkan agar mereka melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi serta sentiasa berpegang pada prinsip walau pemimpin silih berganti, visi PUSPANITA mesti sentiasa disokong.

Menyentuh isu pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran di Mesir pula, Datuk Haji Sukarti ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, Kerajaan Negeri bercadang menghantar kembali seramai 311 orang pelajar Sabah ke pusat pengajian masing-masing pada 12 dan 13 Mac ini. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan semasa.

Ends/ Nadiah/Cov

YAHYA TERIMA KUNJUNGAN PENGARAH FAMA

01/03/2011


Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah, Haji Ibrahim Mahmood di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Haji Ibrahim yang telah berkhidmat selama 4 tahun di Sabah akan bertukar ke negeri Pahang sebagai Pengarah FAMA Negeri Pahang bermula pertengahan bulan Mac 2011.

Tempat beliau akan diganti oleh Ribin Wahid, 47, anak jati Sabah yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Melaka.

Sementara Timbalan Pengarah FAMA Sabah, Samudin Hassan yang telah berkhidmat selama 8 tahun di Sabah akan bertukar ke negeri Melaka berkuatkuasa bulan Mac 2011, tempat Samudin akan diisi oleh Mohd. Shukri Majalin.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri mewakili Kerajaan Negeri dan warga kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat cemerlang Haji Ibrahim dan Samudin.

Datuk Yahya turut mengalu-alukan perlantikan Ribin sebagai pengarah baru FAMA Sabah. Ribin telah lama berkhidmat di pejabat FAMA Negeri Sabah iaitu selama 23 tahun dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah FAMA Negeri Melaka pada 1 Febuari 2007.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memejukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan.


Ends/Nadiah/St

Monday, August 2, 2010

Aurelio kembali ke Anfield, Insua Tergantung


Setelah dilepaskan oleh Liverpool dengan kontrak yang tidak diperbaharui, pemain dari Brazil, Fabio Aurelio masih tidak disambar oleh mana-mana kelab lain. Pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson mengambil keputusan untuk mengikat semula pemain berusia 30 tahun itu kembali ke Anfield. Sekarang yang tinggal tanda tanya adalah nasib Emiliano Insua, pemain muda itu sama ada kekal atau pergi ke Fiorentina.

Saturday, July 17, 2010

TRANSFER WINDOW UPDATE

Arsenal

In: Marouane Chamakh (Bordeaux, free), Laurent Koscielny (Lorient, £10mi)

Out: Fran Merida Perez (Atletico Madrid, free), Philippe Senderos (Fulham, free), Luke Ayling (Yeovil, free)


Aston Villa

In:

Out: Andy Marshall (released), Wilfred Bouma (released), Marlon Harewood (released), Stephen O’Halloran (Coventry, free)


Birmingham

In: Ben Foster (Manchester United, undisclosed), Nikola Zigic (Valencia, undisclosed), Enric Valles (NAC Breda, free)

Out: Artur Krysiak (Exeter City, free), Gary McSheffrey (Coventry, free), Gregory Vignal (released), Jared Wilson (released), Lee Carsley (released), Frank Queudrue (released), Teemu Tainio (Loan finished)


Blackburn

In:

Out: Michael Hall (Accrington Stanley, free), Marcus Marshall (Rotherham United, free), Steven Reid (West Brom, free), Andy Haworth (Bury, undisclosed)


Blackpool

In:

Out: Daniel Nardiello (released), Hameur Bouazza (released), Al Bangura (released), Danny Mitchley (released), Joe Martin (released), Stephen McPhee (released), Ben Burgess (Notts County, free)


Bolton

In: Martin Petrov (Manchester City, free), Robbie Blake (Burnley, free)

Out: Ricardo Vaz Te (released)


Chelsea

In: Yossi Benayoun (Liverpool, £6m)

Out: Joe Cole (released), Michael Ballack (Bayer Leverkusen, free), Juliano Belletti (released), Miroslav Stoch (Fenerbahce, £2.5m)


Everton

In: Jermaine Beckford (Leeds United, free), Joao Silva (Clube Deportivo das Aves, £500,000), Jan Mucha (Legia Warsaw, free), Magaye Gueye (Strasbourg, undisclosed)

Out:


Fulham

In: Philippe Senderos (Arsenal, free), Jonathan Greening (West Bromwich, undisclosed)

Out: Wayne Brown (Bristol Rovers, free), Elliot Omozusi (Leyton Orient, free), Erik Nevland (released), Christopher Buchtmann (Cologne, undisclosed)


Liverpool

In: Jonjo Shelvey (Charlton, £1,700,000), Milan Jovanovic (Standard Liege, free)

Out: Mikel San Jose (Athletic Bilbao, undisclosed), Robbie Threlfall (Bradford City, free), Fabio Aurelio (released), David Martin (MK Dons, free), Yossi Benayoun (Chelsea, £6m)


Manchester City

In: Alex Henshall (Swindon Town, free), Jerome Boateng (Hamburg, £10m), David Silva (Valencia, £24m), Yaya Toure (Barcelona, £24m), Albert Rusnak (MFK Kosice, undisclosed)

Out: Martin Petrov (Bolton, free), Benjani Mwaruwari (released), Sylvinho (released), Robert Mak (Nuremberg, £500k), Valeri Bojinov (Parma, £4.5m), Andrew Mitchell (Rangers, free)


Manchester United

In: Javier Hernandez (Guadalajara, £10m), Marnick Vermijl (Standard Liege, undisclosed)

Out: Ben Foster (Birmingham, £6m), Zoran Tosic (CSKA Moscow, £8m), Tom Heaton (Cardiff, free)


Newcastle

In: James Perch (Nottingham Forest, undisclosed)

Out: Nicky Butt (released)


Stoke City

In:

Out: Amdy Faye (released), Steve Simonsen (Sheffield United, free), Andy Griffin (Reading, undisclosed), Nathaniel Wedderburn (Northampton Town, free)


Sunderland

In: Cristian Riveros (Cruz Azul, undisclosed), Simon Mignolet (Sint Truidense, undisclosed), Ahmad Al-Muhammadi (ENPPI, season-long loan)

Out: Lorik Cana (Galatasaray, £5m), Jamie Chandler (Darlington, free), Roy O’Donovan (Coventry, undisclosed)


Tottenham

In: Sandro (Internacional, £6m)

Out:


West Bromwich Albion

In: Pablo Ibanez (Atletico Madrid, free), Gabriel Tames (Auxerre, undisclosed), Steven Reid (Blackburn, free)

Out: Andwele Slory (released), Robert Koren (released), Felipe Teixeira (Metallurg Donetsk, free), Jonathan Greening (Fulham, undisclosed)


West Ham United

In: Thomas Hitzlsperger (Lazio, free), Pablo Barrera (UNAM Pumas, undisclosed)

Out: Bondz Ngala (Plymouth Argyle, free), Guillermo Franco (released), Mido (end of loan), Ilan (end of loan)


Wigan Athletic

In: Antolin Alcaraz (Club Brugge, undisclosed), Mauro Boselli (Estudiantes, £6.5m)

Out: Mario Melchiot (Umm Salal, free), Tomasz Cywka (Derby, free), Paul Scharner (released)


Wolverhampton

In: Jelle Van Damme (Anderlecht, £2.5m), Steven Fletcher (Burnley, £6.5m), Steven Mouyokolo (Hull City, undisclosed), Stephen Hunt (Hull City, undisclosed)

Out: Jason Shackell (Barnsley, undisclosed), Mark Little (Peterborough, free), Chris Iwelumo (Burnley, undisclosed), Daniel Jones (released), George Friend (released), Alan Irvine (Sheffield Wednesday, free), Andrew Surman (Norwich City, undisclosed)


sources-http://www.epltransferrumors.com/2010-summer-transfers/

CHELSEA INTAI TORRES


Tidak layak ke Liga juara-juara Eropah musim ini dan bebanan hutang, Liverpool mungkin akan kehilangan ayam tambatannya, Fernando Torres. Chelsea cuba membida pemain itu dengan harga 40 juta pound tetapi dengan tegas pihak Liverpool menyatakan El Nino bukan untuk dijual! tetapi Chelsea tidak akan berputus asa untuk mendapatkan penyerang Liverpool ini dan mungkin kembali dengan tawaran yang lebih lumayan. Pengurus baru Liverpool, Roy Hodgeson berusaha memujuk untuk Torres kekal di Anfield namun semua keputusan terletak di tangan Torres sama ada untuk masih bersama Liverpool atau meninggalkan kelab tersebut.

Sumber- http://www.espnstar.com/football/premier-league/news/detail/item467857/Chelsea-make-£50million-Torres-bid/

Saturday, July 3, 2010

JKM bantu bawa keluar warga emas

GEORGETOWN: Hasrat warga emas, Jaafar Ali, 85 (gambar) untuk beribadat di tempat lebih selesa akhirnya tercapai apabila ‘diselamatkan’ daripada terus mendiami sebuah rumah jagaan orang tua swasta yang dikendalikan bukan Islam di Mount Erskine di sini.

Semalam, beberapa kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Timur Laut mengunjungi pusat jagaan berkenaan untuk membawanya keluar dan menghantar ke Pusat Jagaan Darul Hannan di Kepala Batas, dekat sini.

Untuk laporan lengkap: